Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada 9W2GND Ghazali dan 9W2ZRI Zairry yang telah mengorbankan masa dan tenaga mereka membuat senggaraan repeater JASRA di Gunung Ledang 9M4RLD pada 19 September 2019 setelah lebih kurang 20 hari mengalami masalah dimana audio yang didengari dari repeater berkenaan terlalu perlahan dan mengakibatkan terjejasnya pancaran ke Repeater Gunung Pulai dan Gunung Banang.
Adalah difahamkan kemungkinan besar punca masalah ialah kesan pengoksidaan (oxidation) terhadap mic dan speaker jack akibat kelembapan (humidity) yang tinggi di atas gunung. Setelah dibuat pemeriksaan dan pembersihan menggunakan contact cleaner, ujian pancaran oleh rakan-rakan di ground station mendapati repeater kembali pulih dengan kualiti audio yang memuaskan. Namun begitu, pemantauan tetap terus dilaksanakan dari masa ke semasa.
Seluruh ahli dan Ahli Jawatankuasa JASRA mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas usaha tersebut. Adalah diharapkan usaha penambahbaikan kepada repeater tersebut akan dapat dilaksanakan. Antara cadangannya ialah menggantikan casing atau kotak yang memuatkan repeater tersebut yang berada didalam keadaan uzur dan menguji cuba meletakkan dua buah handy yang berfungsi sebagai repeater ke dalam kotak kedap udara dan meletakkan silicon gel didalamnya untuk menyerap kelembapan. End.