Aktiviti dan kerja-kerja senggaraan repeater di puncak Gunung Ledang akan dilaksanakan selama 2 hari bermula
Sabtu, 21 Disember hingga Ahad, 22 Disember 2024
Tugas ini dilaksanakan untuk kerja-kerja senggaraan berkala repeater.
Sahabat-sahabat diingatkan bahawa aktiviti dan kerja ini adalah bersifat sukarela dan tiada sebarang imbuhan atau bayaran dari pihak JASRA dan tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku kemalangan atau kecelakaan yang tidak diduga. Segala yang berlaku adalah risiko sendiri. Sukarelawan di mohon untuk bersedia dari segi mental dan fizikal, insuran, kelengkapan peribadi untuk memasak dan berkhemah, segala peralatan tools untuk membuat kerja, peralatan memasak dan makan minum dan segala aspek logistik yang difikirkan perlu. Adalah diingatkan kerja-kerja ini dilaksanakan di kawasan gunung yang sejuk dengan cuaca yang tidak menentu dan tidak dapat dijangka.
TelCo di Puncak Gunung: CELCOMDIGI, XOX
Komunikasi Repeater: 9M4RLD Komunikasi Simplex: V35
Tempat Berkumpul: Jam 10 pagi pada 21 Dis 2024. Pintu Pagar Taman Negara (Simpang SAJ)
Bayaran Konservasi: RM 5.00 seorang.
Salinan Kad Pengenalan Diperlukan. Image file format jpg, jpeg, png
Koordinasi: 9W3ISS Indra. OI97748884
Tarikh Tutup Pendaftaran: 19 Disember 2024 jam 6 petang. Sila lengkapkan borang pendaftaran seperti di bawah. Mereka yang tidak mengisi borang pendaftaran TIDAK DI BENARKAN ikut serta.