Aplikasi VOIP JASRA

Sesuai dengan perkembangan teknologi internet masa kini, Biro IT JASRA telah mengambil inisiatif menyediakan server dan aplikasi VOIP (Voice Over Internet Protocol) untuk kegunaan semua, tidak kira dimana saja berada. Aplikasi ini tidak tersambung kemana-mana radio frekuensi. Semua rakan dipersilakan untuk menggunakannya.

Dimaklumkan juga bahawa aplikasi ini tidak bertujuan untuk menggantikan komunikasi radio yang sedia ada melalui Radio Frekuensi, namun hanyalah sebagai satu alternatif komunikasi berasaskan internet dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, sama ada telah mempunyai callsign atau sebaliknya dan tidak tertakluk kepada SOP prosedur percakapan radio.

Selain dari itu, aplikasi ini boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran terutama kepada rakan-rakan baru yang berminat dengan radio amatur, boleh juga menjadi tempat perbincangan atau mengadakan mesyuarat secara online.

Aplikasi ini menggunakan server VOIP dengan sifat low latency, dengan kata lain, aplikasi ini masih dapat berfungsi dengan baik walaupun jaringan internet dipihak pengguna ada waktunya tidak begitu stabil. Maklumat dan butiran lanjut adalah seperti berikut:

Aplikasi khusus untuk android (customized version),

 

Sekiranya file yang di download disimpan dalam format zip, sila gunakan browser yang lain.

Sekiranya anda ingin menggunakan PC / laptop, sila muat turun aplikasi mumble di https://www.mumble.info/downloads/ Maklumat server adalah seperti berikut:

Address: voip.jasra.org.my

Port: 44100

Pass: JasrA

Untuk pengguna ios, sila muat turun di Apple Playstore dan android (open source version) di Google Playstore.

PERINGATAN: Username untuk setiap alat tidak boleh sama, pastikan ada sedikit perbezaan.