Ahad, 18 Ogos 2024. Rombongan dari JASRA seramai 5 orang telah berkesempatan membuat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Taman Negara Johor di Bangunan Dato’ Mohamed Salleh Perang, Kota Iskandar. Rombongan telah disambut dengan mesra oleh kakitangan Taman Negara dan seterusnya dibawa ke bilik Mesyuarat untuk sessi taklimat bersama Pengarah Taman Negara Johor, Encik Taufik bin Bahar.
Rombongan JASRA terdiri dari 9W2USM, 9W2FRP, 9W2FNZ, 9W2NEW dan 9W3ISS. Sebagai mewakili JASRA, Kapt (B) Sapuan (9W2FRP) telah memberikan taklimat kepada Taman Negara Johor secara ringkas mengenai Persatuan Radio Amatur, apa itu radio amatur, aktiviti yang dilaksanakan, cadangan kerjasama dengan Taman Negara dan pelbagai perkara yang berkaitan yang telah dibincangkan semasa sessi soal jawab untuk pencerahan.
Antara perkara penting yang dibincangkan ialah
- Perkara berkaitan dengan Repeater VHF JASRA di puncak Gunung Ledang.
- Cadangan Taman Negara Johor untuk JASRA sama-sama membantu mempromosikan Taman Negara Johor dan program-program yang dilaksanakan melalui aktiviti radio antaranya melalui SOTA (Summit On The Air) dan POTA (Park On The Air).
- Cadangan kerjasama untuk mewujudkan Automatic Packet Reporting System (APRS) Digipeater / IGate di puncak Gunung Ledang menggunakan teknologi terkini LoRa (Long Range APRS) yang boleh dimanfaatkan oleh pendaki gunung sekiranya berlaku kecemasan yang melibatkan Search and Rescue.
Seluruh Ahli Jawatankuasa dan warga JASRA mengharapkan hubungan baik antara Taman Negara Johor dan JASRA akan terus berlanjutan untuk program dan aktiviti yang mendatang untuk kebaikan, manfaat, faedah bersama untuk masyarakat umumnya. Dikesempatan ini, ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih.