Mendaftar di qrz.com

Ramai diantara rakan-rakan radio amatur mungkin masih tidak menyedari betapa mustahaknya mendaftarkan callsign anda di qrz.com. Sebenarnya ada website lain yang seumpamanya, namun website ini yang paling terkenal. Sila baca maklumatnya di Wikipedia. Sekiranya anda belum pernah mendaftar, proses pendaftaran tidaklah sukar, mungkin kerana anda tidak menyedari kepentingannya dalam dunia radio amatur, maka sehingga sekarang anda tidak ambil peduli. Sila tonton video Youtube dibawah yang telah disediakan oleh rakan dari ORARI.

Bila waktunya maklumat anda perlu ada di qrz.com?

1. Apabila anda berkomunikasi sama ada di dalam negara atau di luar negara. Stesyen yang ber QSO dengan anda, setelah mendapat callsign anda yang tepat, biasanya akan memeriksa status anda di qrz.com dan mereka mungkin akan merasa curiga dengan status anda apabila maklumat anda tiada di website tersebut. Selain dari itu, ia menggambarkan anda masih baru dalam dunia radio amatur (walaupun sudah lama). Selain itu, agak kesulitan apabila stesyen berkenaan terpaksa bertanya anda QRA, QTH dan sebagainya. Alangkah mudahnya jika maklumat tersebut boleh diperolehi di website tersebut.

2. Apabila anda memancar dalam HF terutamanya, stesyen dari luar negara biasanya akan menghantar QSL Card dan anda wajib membalasnya. Mereka memerlukan nama dan alamat lengkap anda. Mereka juga akan menghantar QSO Confirmation di log  qrz.com untuk mengesahkan QSO tersebut dan anda perlu mengisi pengesahan dengan maklumat yang betul seperti masa QSO (dalam UTC +0) dan Frequenci yang dipergunakan. Ianya bertambah penting apabila anda menyertai sukan radio (radio sport) dalam CQ DX atau CQ Contest yang mana fail log yang dihasilkan oleh perisian log di PC perlu di muat naik ke qrz.com. Selain dari itu, dalam CQ Contest terutamanya, anda tidak akan ada masa untuk bertanya dengan siapa anda ber QSO, namun sekiranya perisian logging di PC anda disettingkan untuk automatik terhubung dengan akaun anda di qrz.com, dengan mudahnya maklumat QRA callsign tersebut dapat diperolehi.

Walau apa pun, sekiranya anda belum mendaftar, mulakan langkah dari sekarang dan tidak merugikan apa-apa pun. Jangan tunggu lagi, buatlah sekarang.

Panduan Bergambar


Seperti di gambar, klik untuk mendaftar

Tentukan isi callsign anda dengan betul.

Setelah mengisi callsign dan email, jawab soalan matematik mudah tersebut

Kemudian, anda akan dapat permberitahuan bahawa pengesahan telah dihantar ke email anda.
 

Buka email anda, dan klik link yang diberi untuk pengesahan.


Setelah anda disahkan dan telah login dimana callsign anda terpapar di sebelah kanan sekali, masuk ke Forum seperti gambar di atas.

Pergi ke bawah sekali seperti gambar di atas dan masuk disitu.

Kemudian tekan Post New Thread seperti di atas

Setelah itu, isikan tajuk seperti anak panah 1, isikan maklumat anda mengikut format di anak panah 2 dan hantar di anak panah ke tiga.

Tunggulah sehari dua sehingga admin nya akan meluluskan pendaftaran anda dan kemudian anda sudah boleh membuat editing terhadap maklumat anda dan lain-lain maklumat yang perlu. Anda juga bebas untuk membuat carian callsign rakan-rakan anda. Sekiranya anda masih tidak faham, janganlah malu bertanya dengan rakan-rakan yang lebih tahu, selain daripada anda berusaha sendiri untuk mempelajarinya. Begitulah panduan ringkas, selebihnya anda perlu berusaha sendiri untuk memahirkan diri. Selamat maju jaya.