MySET JASRA

JASRA akan menganjurkan Ujian Simulasi Kecemasan atau dalam bahasa Inggeris disebut SET (Simulated Emergency Test) dalam jangkamasa terdekat. Ujian Simulasi Kecemasan ini hanya untuk 2 meter band sahaja (VHF) dalam mode FM.

Hari Aktiviti (D Day). Akan dilaksanakan pada Jumaat, 22 November 2019 bermula jam 9 malam hingga 12 malam.

Penyertaan. Secara individu atau berkumpulan. Sekiranya berkumpulan, hanya satu callsign sahaja perlu didaftarkan dan dipergunakan. Mereka yang telah mendaftar sebagai ahli EDCRT JASRA sangat digalakkan. Stesen dari luar negeri Johor/Melaka juga boleh menyertai.

Pendaftaran. Secara Online melalui borang email seperti di bawah.

Tarikh tutup pendaftaran Pendaftaran telah ditutup.

Arahan Terperinci. Akan diterima melalui email setelah membuat pendaftaran. Jika tiada, pastikan anda check SPAM folder di email anda.

Peraturan Ringkas Aktiviti

1. Hanya simplex sahaja dibenarkan. Tiada penggunaan repeater.

2. Kuasa pancaran. Yang bersesuaian, maksimum 50 Watt.

3. Sumber kuasa. Generator atau bateri sahaja. Penggunaan sumber tenaga elektrik komersial TIDAK DIBENARKAN.

4. Komunikasi menggunakan Internet @ Media Sosial. Semasa aktiviti latihan, TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Komunikasi seratus peratus menggunakan Radio Frequensi. Tiada Whatsapp Group diwujudkan atau aplikasi lain seumpamanya.

5. Kelengkapan Alat Komunikasi. Radio 2 meter band rig VHF dan antenna base station dengan ketinggian semaksimum yang boleh.

6. Lokasi Pemancaran oleh peserta. Semua stesen sangat digalakkan untuk menubuhkan stesen portable dimana-mana lokasi yang tinggi dengan membawa semua peralatan komunikasi secukupnya. Ini untuk menentukan komunikasi jarak jauh dapat dilaksanakan tanpa gagal, kerana kegagalan komunikasi dalam latihan ini akan menyebabkan kekecewaan. Operasi secara team sangat digalakkan dengan minimum dua orang sekiranya beroperasi di lokasi terpencil. Namun begitu, sekiranya anda yakin capaian dari base station anda memuaskan untuk transmisi jarak jauh setelah membuat pengujian, tiada halangan untuk memancar dari base station.

7. Frequensi yang dipergunakan. Arahan terperinci akan diterima melalui email setelah membuat pendaftaran. Jika tiada, pastikan anda check SPAM folder di email anda.

8. Aktiviti Simulasi / Latihan. Arahan terperinci akan diterima melalui email setelah membuat pendaftaran. Jika tiada, pastikan anda check SPAM folder di email anda

9. Callsign. Menggunakan callsign masing-masing.

10. Tanggung Jawab Station. WAJIB membantu sebagai Stesen Relay apabila mendengar mana-mana stesyen yang memanggil untuk menghantar berita kepada Stesen tujuan.

11. Log dan Berita. Arahan terperinci akan diterima melalui email setelah membuat pendaftaran. Jika tiada, pastikan anda check SPAM folder di email anda

12. Ujian Pancaran. Sila laksanakan atas inisiatif sendiri. Tiada ujian pancaran 10 minit sebelum aktiviti bermula.

13. Ragchew. Tidak dibenarkan. Hanya penghantaran berita antara Stesen sumber, Stesen Relay dan Stesen Penerima Berita.

14. Peralatan Radio / Logistik / Sajian / Kenderaan. Urusan persendirian.

15. Rekod Aktiviti. Semua lokasi dikehendaki mengambil video, rakaman suara dan gambar semasa aktiviti dilaksanakan sebagai dokumentasi aktiviti. 

16. T-Shirt Special Event. Tempahan telah ditutup. Terima kasih kepada yang telah membuat tempahan dan membuat bayaran.

Peta di bawah menunjukkan kedudukan stesen yang telah mendaftar. Dikemaskinikan dari masa ke semasa.