Sumber: MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atau MCMC telah mengemaskinikan jadual perancangan peperiksaan Radio Amatur Kelas A, B dan C untuk tahun 2023.
Kelas A – Febuari, Mei, Ogos dan November.
Kelas B – Mac, Jun, Sept dan Disember.
Kelas C – Januari, April, Julai dan Oktober.
Rakan-rakan radio amatur dan semua calon dinasihatkan membaca dengan terperinci lokasi dan tarikh seperti yang dikemaskini di laman web MCMC.
Semua peperiksaan atau ujian tersebut dilaksanakan di Pusat Internet Pusat Ekonomi Digital (PEDI) diserata pelusuk tanah air. Apa yang menariknya, MCMC telah juga menyediakan Bank Soalan untuk semua kelas untuk memudahkan calon membuat persiapan yang sewajarnya dan membuat penyelidikan sendiri berdasarkan soalan yang terdapat dalam bank soalan tersebut.
Mudah-mudahan dengan penambahbaikan yang telah dilaksanakan akan lebih menyemarakkan lagi kegiatan dan aktiviti radio amatur di negara ini.